Asal-usul Helang Salahuddin

Lakaran semula lambang peribadi Salahuddin.

Pengasas dinasti Ayyubiyah, Salahuddin al-Ayyubi pernah berlambangkan bendera kuning yang dihiasi dengan helang sebagai lambang peribadi beliau. [2] Kubu Kota Kaherah yang dibina semasa pemerintahan Salahuddin di Mesir, mempunyai ukiran helang besar pada tembok barat yang dipercayai menggambarkan lambang Saladin. Lambang helang kini tidak berkepala, tetapi pada asalnya berkepala dua menurut penjelajah Uthmaniyyah, Evliya Çelebi. [3] Garis-garis haluan pada helang ini tidak sepadan dengan yang ada di dinding, menunjukkan bahawa ia ternyata dipindahkan ke lokasi sekarang selepas zaman pemerintahan Saladin, mungkin sewaktu pemerintahan Muhammad Ali ketika bahagian atas tembok dibina semula.[4] Lambang helang berkepala dua juga digunakan pada duit syiling Al-Adil I, seorang sultan Ayyubi dan saudara kepada Salahuddin. [5]